
sahabat..
dalam kejauhan dirimu melayang jauh
aku hanya mampu melihat
semakin hari semakin hilang bayangan mu dari pandangan
dan semakin itu aku akan sentiasa mendoakan mu
walaupun tidak sekalipun dirimu menoleh kepada aku
namun apapun kehendak mu
aku akan sentiasa dibelakang
menyokong dan mendoakan
agar dirimu tidak jatuh dan lupa asal mu
sahabat..
hanya satu aku mohon
aku berharap dirimu berfikir sejenak
walau sejauh manapun dirimu terbang mencari kedamaian dan keindahan
kedamaian dan keindahan itu hanyalah disisi Allah S.W.T
aku tahu
semakin jauh dirimu terbang
semakin alpa dirimu pada Dia yang Satu
Janganlah dek kerana mengejar sesuatu
Dirimu kehilangan sesuatu yang amat berharga..
Sebelum penyesalan berada di hadapanmu...
Taubatlah
Sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka luas untuk dirimu..
Aku tahu aku bukanlah yang terbaik untuk menasihatimu..
Tapi sebagai sahabat dunia dan akhirat aku berpesan kerana apa maksud sahabat jikalau tidak saling menasihati..walau pernah kau palitkan luka yang amat dalam...namun kau harus tahu aku bukanlan pendendam..dan kau juga tahu aku tidak akan memaksa,aku hanya inginkan kau hidup BAHAGIA namun bukan dengan cara sebegini.Aku mahu kau bahagia bersama keredhaan Allah S.W.T...walaupun aku tahu aku tidak kau perlukan...aku sudah berjanji..aku tidak akan mengganggu,anggap saja ini hanya coretan dari seseorang yang tidak kau kenali...









