Tuesday, November 22, 2011

Menangis Lagi


Aku terluka
Ku sangka tak mungkin terjadi sekali lagi
Dulu kau kata
Tak mungkin aku kan kecewa
Hatiku akan kau jaga

Pernah ku sangka
Inilah cinta yang terindah dalam sejarah
Apakan daya aku yang menanti pelangi
Mengharap engkau yang pasti

Dan aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah cinta luar biasa
Habis sorang untuk semua
Kejam dirimu
Kejam dirimu

Aku kecewa pedih
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persenda
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku menangis lagi

Apakan daya
Aku si bodoh yang percaya kata-katamu
Puas didepan mata
Mungkin engkau lah pendusta
Bagimu hatiku tiada makna

Aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah cinta luar biasa
Habis sorang untuk semua
Apalagi perlu ku rasa
Aku terlupa

Aku kecewa abadinya
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persendakan
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku
Biar aku sendiri

Luka aku terus meratapi
Luka-luka kecewa
Dan aku tahu ku tahu (Hatinya)
Dalam hatiku takkan bisa merubah segala-gala

Aku menangis
Aku kecewa lagi untuk sekian kalinya
Dan cinta ini luar biasa
Habis sorang untuk semua
Apalagi perlu ku rasa

Aku terluka, aku kecewa
Tak mungkin kau kan faham sakitnya
Kerna kau lah punca segala
Cinta suci kau persia
Apalagi tinggalkan aku
Biar aku menangis lagi

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/06/lirik-menangis-lagifina-af9.html#ixzz1eRyJjLZk

Thursday, September 22, 2011

Assalam,

Smlm bru beta bercerita tentang kebahagiaan bersama dia,& smlm jua lah hati beta terguris lagi...My chenta yg amat beta sanjungi,sayangi,cintai makin ari makin dingin dengan beta,smpaikan perkataan sekasar2nya dilemparkan pada beta,haruskah org yg disayangi disamakan percakapan dengan kawan2...makin ari hati beta x mengerti..haruskah tetap bertahan @ pergi..Sudah beta janji pada diri dan hati ini supaya tidak sakit,sedih lagi tp smlm beta ingkari janji itu lagi..Duhai hati,maafkan aku kerana kau kesakitan lagi...tak terdaya oleh diri ini untuk menjagamu,melindungimu kerana aku hanyalah insan yang lemah..sudah ditakdirkan untuk aku,bahagia itu hanya seketika...Duhai hati,apakah lagi cara untuk aku tetap melindungimu...adakah bersendiri adalah lebih baik dari aku menyerahkan mu pada dia...Ya Allah,tunjukkan aku jalan,kurniakanlah aku insan yang mampu menjaga hati yang sudah lama lemah longlai ini...Akhirilah kedukaan & tangisan ini Ya Allah...sesungguhnya...airmata ini x pernah berharga padanya,aku rindukanMu Ya Allah...dakaplah aku ,bawalah aku padaMu...pada Mak dan Abah,kata2mu memang realiti...anakmu ini sentiasa sesat dalam mencari cinta,anakmu lupa pada yg lain bila bertemu cinta,anakmu ini sanggup serahkan seluruh jiwa dan raga pada cinta...kenapa mak,abah..anakmu ini terlalu setia pada cinta...kenapa anakmu selalu dirundung malang..salahkah menyintai,mengambil berat,mengadu pada dia..aku hanya ingin rasa disayangi...adakah aku x pernah layak untuk merasainya...Makin hari jiwa ini seakan-akan mati,seperti patung...pada my chenta:diri ini sudah bukan diri sendiri,jauh dari identiti sendiri,hipokrit adalah pilihanmu...

wassalam

My Chenta


Assalam,

Dah lama x update blog ni...Arini nk bercerita tentang perjalanan cinta hati beta ...Sume berjalan dengan lancar walaupun ada jugak kepahitan yg terpkasa ditelan...Pada beta,my chenta terlalu bermkna buat beta skrg...smpaikan melebihi cinta beta yg dulu..Entahlah..mungkin ini dikatakan jodoh...Walaupun pada permulaan teramat sukar untuk menerima,tapi skrg terlalu sukar utk melepaskan..Mungkin cik Liyana ni x knal erti serik kot.Papepun beta doakan kebahagiaan & chenta hati beta ni la yg terakhir dlm kamus hidup beta...aminn..Walaupun apa yg dah berlaku antara beta dan dia,cuma satu je harapan dari hati yg lemah ini,moga dia tetap trus menyayangi diri beta yg lemah ini dan belajar untuk menjadi insan yg amat berguna di mata sesiapa pun di muka bumi ini.Cukuplah dia memberikan senyuman di dalam hati yg pernah kering ni,bukan harta,pangkat ,kesenangan yang dicari,apatah lagi rupa..cuma seseorang yang boleh membahagiakan beta dan dapat membuang tanggapan beta bahawa cinta ini hanya untuk menangis sahaja...Moga Allah S.W.T perkenankan hasrat kami untuk membina masjid dalam masa terdekat ini,bukan apa...beta inginkan satu ikatan yang sah yang membolehkan beta rasa lebih selesa,aman dan bahagia disampingnya...Jauh disudut hati,beta terlalu sygkan dia..Buat si dia,my chenta...yaya akan sentiasa dibelakang,ditepi,kiri kanan,atas dan bawah untuk menjadi penyokong disaat awak jatuh...Yaya akan sentiasa menyayngi diri awak walaupun airmata berjujuran dan hati ini kadangkala kesakitan menahan pedih kata2,kekasaran...selagi cinta masih ada,yaya akan setia...Wassalam

Thursday, January 20, 2011

Bermulanya cinta baruku..


Salam,

Bermulanya tahun 2011 merupakan tahun baru untuk aku,bukan menjadi org lain tetapi membuka ruang untuk aku & org lain masuk ke dlm hidupku.Sebelum ini aku umpama tiada haluan yg pasti, m'buang masa & segala cinta yg dtg padaku aku menolak.Bukan x ingin bahagia seperti insan lain tp aku terlalu degil dgn pendirian aku sendiri yg x kemana.Aku sangka aku kuat,betul & mampu memiliki dia,tp semua tu hanyalah satu harapan,impian yg telah hancur.Aku umpama melukut di tepian gantang.Aku x pernah sangka aku sebodoh itu,menghambakan diri pd insan yg x pernah cuba melihat & menghargai kehadiran aku.Aku buang segala rasa sakit di hati,merajuk hati & kecewa kerana aku yakin suatu hari dia akan berubah & melihat kembali pd aku,tp aku silap..aku lupa..aku taksub & alpa dgn perasaan syg pada dia.Baru aku sedar rupa2nya segala perilaku aku dilihat oleh keluargaku..ibuku sendiri menyatakan aku seperti xde haluan,murung.Dulu aku seorang yg susah untuk senyum apatah lagi ingin bergelak ketawa,klu adepun hanyalah sekadar menjaga hati org sekeliling,hari aku suram,tiada yg indah,mlm2 aku ditemani dgn airmata,setiap saat aku kecewa,tp tiada siapa yg tahu...aku xkn pernah rse b'lapang dada sekiranya ibu aku x menyedarkan aku.Setelah aku mendengar segala nasihatnya untuk m'lupakan dia & memberi ruang kpd org lain,baru aku sedar segala kebodohan aku selama ini.Bersempena dgn lahirnya tahun 2011,tahun baru,aku memiliki azam baru..azam menerima cinta baru..aku x ingin mencari..aku ingin dicintai,disayangi..aku x ingin lg menyayangi & mencintai sepenuh hati..aku serik..tp smpai bila??akhirnya tanggal 1/1/2011 aku berubah..aku luputkn dia dr kotak fikiran bersama2 dgn doa yg aku panjatkn pd Illahi moga cinta yg bakal aku lalui ini adalah cinta terakhirku & aku mahu bhagia selamanya bersama si dia,bersama2 menuju ke jalan Allah.aku ingin cinta yg direstui Allah S.W.T & ibubapa..Berkat segala kesedihan yg aku alami selama ini,doa dr ibubapa aku..akhirnya aku bertemu cinta baruku..cinta yg bakal mengundang pelbagai konflik,tp aku yakin pada kuasa Allah S.W.T,Dia tau segala2nya...segala yg berlaku pasti ade hikmah disebalik...kenapa perlu aku menolak cinta yg diberi Allah...aku x ingin lg m'buat keputusan sendiri,aku serahkn pd kedua ibubapa & keluargaku..mereka m'beri kata putus mengizinkan kami b'sama..hanya doa yg dpt ku panjat & di lewat sujudku bermohon agar cinta ini dilindungi Allah S.W.T & direstuiNya..menjadikan kami kekasih yg halal disisi Allah S.W.T..Moga kami disatukan & bersama menuju ke jalanMu Ya Allah...melayari bahtera kehidupan yg penuh dengan keberkatan..Aminn